Tuesday 21 June 2016

Ikhtilat

Ikhtilat...
Dalam tak sedar, rupanya Ikhtilat tak terjaga. Astaghfirullah

Apa itu Ikhtilat?
Ikhtilat dasarnya bermaksud pergaulan. Pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sememangnya menyalahi syaraq.

Bagaimana?
Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tiada batas.
Sentuh bersentuhan seperti sesama jantina
Cara percakapan yang sengaja dilunakkan

Itu biasa...Semua orang sedar mengenainya.

Pada zaman yang serba moden ini, sedarkah kita bahawa gajet-gajet yang dicipta telah menyebabkan berlakunya pergaulan bebas. Bermaksud, ikhtilat tidak lagi dijaga.

Semestinya setiap remaja malah seawall usia 10 tahun lagi, kebanyakkan kita telah pun mempunyai telefon bimbit.
Facebook
Twitter
Instagram
Whatsapp
dan lain-lain lagi, pasti dan saya yakin, setiap pengguna telefon bimbit akan download semua aplikasi di atas.

Nah, disini lah berlakunya pergaulan bebas tadi.
Kita komen mengomen di status ajnabi, berbalas whatsapp dengan yang bukan muhrim dan sebagainya. Itulah kesalahan berikhtilat yang tidak kita sedari yang telah kita lakukan.

"Mana mungkin laa, kami hanya berbalas whatsapp, tak ada bersentuhan?!"

Yaa, tiada bersentuhan secara fizikalnya. Bagaimana dengan HATI?
Saya yakin dan pasti, permulaan berwhatsapp atau bermesej hanyalah untuk bertanyakan khabar, atau perkembangan terkini sahaja. Lama-lama akan bersentuh bab hati. Dah ada boyfriend belom, bila nak kawen, dah ada calon belom. Macam-macam lagi. Bila tak ada semua tu, mula la syaitan masok jarum.