Thursday 13 December 2012

Rasulullah SAW Menahan Lapar

Dalam satu riwayat dikishakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali Rasulullah s.a.w berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh.

selesai solat, salah seorang sahabat, Saiyidina Umar bin Khattab bertanya,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat.
sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?

"tidak ya Umar,
Alhamdulillah aku sehat dan segar"
jawab Rasulullah

"ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah,
sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan?
kami yakin baginda sedang sakit".
desak Saidina Umar penuh cemas.

akhirnya Rasulullah pun mengangkat jubahnya.
Para sahabat terkejut ketika mendapati perut Rasulullah s.a.w yang kempis tengah di lilit oleh
sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar.
Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah s.a.w
bergerak.

Para sahabat pun berkata,
"Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?".

Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut,
"Tidak para sahabatku,
Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu.
Tetapi, apa jawabanku nanti di hadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban
bagi umatnya?
Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di
dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat nanti."

teramat agung peribadi Rasulullah s.a.w sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badwi
tentang akhlak beliau s.a.w hanya mampu menangis kerana tidak sanggup untuk menggambarkan
betapa mulia akhlak baginda s.a.w
Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang
baik sepamjang zama.