Friday 28 February 2014

Sahabat

Pernah suatu ketika, 
Aku memandangmu dengan hina,
Tanpa berfikir buruk baiknya,
Tetap engkau berbaik sangka.

Pernah suatu ketika,
Hadirmu membawa suka,
kuhadiahkan dengan dosa,
Semuanya kerana aku derhaka.

Pernah suatu ketika,
Dirimu mencari cinta,
Sanggup bergadai nyawa,
Akhirnya engkau tersedar,

Pernah suatu ketika,
Hadirmu membawa sirna,
Dikala aku penat tidak bermaya,
Mengecaj iman dan tenaga.

Dahulu tidakku mengerti,
Kerana jahilnya diri,
Membiarkan dirimu sendiri,
Mengharung onak dan duri,

Dahulu aku mencari sahabat,
Engkau datang menawar diri,
Tetapi aku tidak cukup hebat,
Menilai permata kilau berseri.

Kini engkau menemui sahabat sejati,
Harap tidak engkau melupakan diri ini,
Yang sentiasa mengharap,
Secebis cinta dari sahabat.

Kini engkau menemui sahabat sejati,
Yang bisa menjadi perisai berduri,
Menjadi muslimah sejati,
Bagi menuju alam abadi.

karya : aisya