Friday 28 February 2014

Sahabat

Pernah suatu ketika, 
Aku memandangmu dengan hina,
Tanpa berfikir buruk baiknya,
Tetap engkau berbaik sangka.

Pernah suatu ketika,
Hadirmu membawa suka,
kuhadiahkan dengan dosa,
Semuanya kerana aku derhaka.

Pernah suatu ketika,
Dirimu mencari cinta,
Sanggup bergadai nyawa,
Akhirnya engkau tersedar,

Pernah suatu ketika,
Hadirmu membawa sirna,
Dikala aku penat tidak bermaya,
Mengecaj iman dan tenaga.

Dahulu tidakku mengerti,
Kerana jahilnya diri,
Membiarkan dirimu sendiri,
Mengharung onak dan duri,

Dahulu aku mencari sahabat,
Engkau datang menawar diri,
Tetapi aku tidak cukup hebat,
Menilai permata kilau berseri.

Kini engkau menemui sahabat sejati,
Harap tidak engkau melupakan diri ini,
Yang sentiasa mengharap,
Secebis cinta dari sahabat.

Kini engkau menemui sahabat sejati,
Yang bisa menjadi perisai berduri,
Menjadi muslimah sejati,
Bagi menuju alam abadi.

karya : aisya

Tuesday 25 February 2014

Dengar

Pendengaran adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh allah kepada hamba-hamban-Nya (manusia dan makhluk-makhluk lain)
tetapi tak semua orang dapat menikmati nikmat pendengaran ini. Jadi bersyukur lah kita yang dapat mendengar. Jaga pendengaran kita sebaiknya. Elakkah dari terjadinya zina telinga

Pendengaran juga merupakan salah satu medium penting bagi menyampaikan mesej atau berinteraksi. Gunakan pendengaran dengan baik ketika berinteraksi.
Seperti yang telah dipelajari mesej/pesanan tidak akan dapat disampaikan sekiranya kedua-dua pihak tidak mahu mengalah ketika berinteraksi. Contohnya, apabila Si A bercakap, Si B sepatutnya mendengar dan fokus dengan penyampaian Si A. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, dimana apabila Si A bercakap, Si B juga bercakap atau tidak fokus dengan apa yang Si A bicarakan, salah faham akan berlaku. Mesej yang disampaikan juga tidak akan tepat.

Bangkang
It's very annoying when you talk to someone that are always object whatever you are saying. Even you talk something that is right, and that someone also want to talk the same thing, but 'that someone' keep says no after you says the subject. What is the problem when you just say "yes, its true" then continue with your point. 

Sunday 23 February 2014

Andai Nanti Suatu Ketika

Andai nanti suatu ketika,
Dirimu teruji duka,
Pasrahlah hadapi apa jua,
Ujian Allah sayangkan hamba.

Andai nanti suatu ketika,
Cinta manusia suatu ujian,
Kasihanilah iman dirimu juga dirinya,
Meronta dek hasutan syaitan.

Andai nanti suatu ketika,
Anak amanah untuk dijaga,
Hikmah dan hemahlah mentarbiah,
Kelak ditanya dialam akhirah.

Andai nanti suatu ketika,
Dirimu ditimbun sarat bekerja,
Ketahuilah pahala Allah ganjarkan,
Buat hamba sedikitnya amalan.

karya: aisya